HOME DASHBOARD ABOUT ME CONTEST TIPS/PENGALAMAN TUTORIAL

Tuesday, 9 May 2017

Comeback Aku Ke Blog Membuahkan Hasil 😍


Alhamdulillah , since done my foundation haritu smpai skrg, aku masih kat rumah dan tak start kerja lagi *dlm minggu ni start lah kot Insyaallah* . sebabtu setiap hari dok menghadap blog ni. join GA segmen is quite interesting haha .

And luckily, setakat lpas habis asasi ni, Contest yg aku join yang dah tamat, aku menang (baru dua) . Alhamdulillah.




1) #1 Giveaway by THEAAISY  

Hadiah utama kot. Buku pon dh dapat, serius teruja nak baca. Nnti aku buat review (kalau rajin hehe) :)



2)  ADIDAS UEFA CHAMPIONS LEAGUE ARENA EDITION GIVEAWAY  by luqmanzakaria



Nama atas skali ni Alhamdulillah. Yang ni dah e-mail kan mklumat cuma tak reply lagi
Alhamdulillah :) Nasib aku baik sejak dua menjak ni ! :D

Sunday, 7 May 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

As-Salam


BANDUNG SOUVENIRS GIVEAWAY BY NAFAS BARU

[ klik banner ]
Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

1.       Beg + Key Chain – 10 Pemenang
2.       Fridge Magnet – 10 Pemenang
3.       Key Chain – 10 Pemenang



ni lahh rupa hadiah tu :)
:: saya tak pasti saya follower blog ke berapa . either 1358 or 1359.
:: nama akaun youtube : Aiman Salleh (follower ke 229)

SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH

KLIK BANNER 

:: SYARAT-SYARAT ::

Follow blog Kinah
Like Facebook Page Love Is Simple
Berlangsung dari 6hb Mei hingga 14 Mei 2017
Kinah mencari 10 blog

Meh join !

Saturday, 6 May 2017

TAMHIDI ? Apa tu?



Tengok tajuk tu. TAMHIDI ? Apa tu? Haa okay sini aku nak bagitau, Tamhidi tu perkataan arab yang maksudnya Persediaan. Benda ni ada kat usim (to be clearer, tamhidi tu ASASI laa)

Sini aku nak share sikit pengalaman aku setahun belajar kat Tamhidi USIM ni. Okay kalau taktahu, USIM is Universiti Sains Islam Malaysia, located in Nilai, Negeri Sembilan. *saja nak habaq dgn spesifik sebab banyak org taktau USIM tu universiti apa? kat mana?*

Aku nak cerita ni sbb memandangkan bebudak SPM 2016 tak lama lagi keluaq result UPU kan. So, kalau dapat Tamhidi, firsty congrats ! Mcam kat tempat-tempat belajaq lain, mesti ada 'pros and cons' dia kan. So far aku rasa okay ja dok sini. Cuma ada la certain benda tak puaih hati sikit HAHAHA.


SILIBUS

Ok, FYI aku ambik course Sains dan Teknologi kat sini. *ingatkan Sains Teknologi dh takdak bio* rupanya sains teknologi tu nak bagi sedap nama ja. Dia sama ja mcm Asasi Sains Uni lain. Firstly, nak share sikit subjek apa aku blajaq setahun kat sini. Ok setahun belajar kat sini, ada 2 sem basically.

Sem satu kami belajaq :
1) Mathematics I
2) Biology I
3) Physics I
4) Chemistry I
5) English I (Speaking Listening)
6) English II (Reading Writing)
7) Bahasa Arab
8) Quranic and Hadith in Science

Sem dua pulak :
1) Mathematics II
2) Biology II
3) Physics II
4) Chemistry II
5) English III (Speaking Listening)
6) English IV (Reading Writing)
7) Bahasa Arab
8) ICT

* haa pointer sem mmng dia kira kelapan-lapan subjek. Dia tak mcm some other uni / matrik yg ambik certain subjects je utk pointer.
* tapi lek je. drpd 8 subjek ni, 6 je yg masuk final. English I dgn English III tu assignments je smua, bahasa arab pulak lisan ja. Ada la kena debat, berlakon, buat video, dialog arab dan sebagainya. Subjek ni la nk tolong kita naikkan pointer sbarnya. Yg penting utk subjek mcmni, kna buat baik dgn lecturer.

KOLEJ KEDIAMAN

Okay, habis kat silibus, cerita pasal kolej. Nanti bebudak tamhidi akan duduk kat Kolej Kediaman Nilam Court (kolej paling jauh dgn kampus induk). Kolej ni actually flat/apartment (taktahu la) tapi best la sbb satu rumah tu dok 8 org, and selesa la rumah tu (rumah ok, bukan bilik) . Jgn risau, ada ja bas tiap hari pegi kelas. TAPI, isu bas ni yang ramai kami tak puaih hati HAHAHA. (dah kolej kami paling jauh tapi bas kami paling jarang ada) and sbgai lelaki, lagi tak puaih hati. Bas dh la jrg ada, bila ada, ladies first. K.


Sadly, batch kami yg terakhir boleh bawak kenderaan pegi kolej and kampus (kereta dgn moto) , start batch 2017/2018 dah takleh bawak kereta, motor tak pasti boleh ka tak bawak.


KAMPUS BARAKAH

Sebabkan universiti ini mmng Islamik habis, so hg jarang la nak jumpa sosial. Alhamdulillah la baiah solehah masih terjaga. Sem satu hgpa kat sini, mmng study ja all time sbb time sem satu, bebudak degree cuti and mcm takdak aktiviti yg best ada. sem dua best sikit, ada sukan tamhidi, sukan kolej, sukan fakulti, pastu bnyakla aktiviti usim buat time sem dua ni.

Tambahan : Once an usimian, forever an usimian. So bila hg dah masuk tamhidi, hg dah takleh pindah IPTA lain utk degree. *ada ja cara dia nk pindah tapi sulit sikit, aku pun taktau camana* , kalau nak pindah IPTS bolehlaa.


PAKAIAN

Kalau perempuan, pakai jelah apa pun asalkan menutup aurat *stokin jgn tak pakai, aurat tu* .
Lelaki pulak, hari biasa pakai kemeja *tshirt takleh*. hari rabu pakai baju korporat (optional) , jumaat baju melayu (optional jugak) .


nota kaki : pointer sem satu hancur hancur akuuuu, harapnya pointer sem dua ni better la. doakan.
and doakan jugak aku berpeluang sambung degree dlm course pilihan aku. (antara actuarial science, financial mathematics dgn applied physics)